Search

Unboxing - Album Dato' Sri Siti Nurhaliza 'ManifestaSITI2020'

  • Share this:

Selepas tiga tahun, Dato' Sri Siti Nurhaliza kembali dengan sebuah album baru yang berjudul 'ManifestaSITI2020'. Album studio kelapan belas (18) Dato' Sri Siti Nurhaliza dikeluarkan dalam CD, muat turun digital dan streaming pada 3 Julai 2020 dibawah Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Group (Malaysia). Pembikinan album ini melibatkan kolaborasi antara komposer, penulis lirik dan penerbit Malaysia dan Indonesia seperti Aubrey Suwito, Omar K, Ippo Hafiz, Genervie Kam, Kmy Kmo, Luca Sickta, Ryan Kyoto, Pown Hasril, Hafiz Hamidun, Ezra Kong dan ramai lagi.

Album studio ini memuatkan 11 buah lagu yang lima daripadanya telah dikeluarkan sebagai single iaitu 'Anta Permana' (2018), 'Kasihku Selamanya' (2019), 'Terang' (2019), '7 Nasihat' (2020) dan 'Basyirah' (2020). Pra tempahan untuk pembelian album ini dibuka pada 28 Jun 2020 dan berjaya dijual sebanyak 2,000 unit.

Enjoys!

Visit www.rafzantomomi.com
Lirik penuh 'ManifestaSITI2020' : http://www.rafzantomomi.com/2020/07/manifestasiti.html


Tags:

About author
Welcome to my channel. Saya Rafzan Tomomi. Mostly update about Food, Lifestyle, Travel, Games, Ads and more! Subscribe now! Blog : www.rafzantomomi.com
View all posts